Friday, April 15, 2011

TIPS PEMAKANAN UNTUK KUCING...

Selalunya,kalau kita terlalu sayangkan kucing, kita memberikan mereka pemakanan yang tidak sesuai. Ini boleh memudaratkan kucing kerana ia boleh menyebabkan masalah gemuk dan mengakibatkan masalah kesihatan.

Di sini dinyatakan contoh pemakanan yang tidak sihat dan tidak boleh diberi pada kucing kita:

  • Telur mentah kerana boleh menyebabkan kekurangan vitamin biotin, yang boleh menyebabkan penyakit dermatis, kehilangan bulu dan pertumbuhan terbantutt.
  • Susu kerana menyebabkan cirit-birit, kerana kebanyakan kucing tak mampu mencernakan laktosa.
  • Tulang, terutamanya tulang ayam, mungkin ada serpihan yang boleh tersekat dalam mulut atau tekak kucing.
  • Ikan dan daging mentah kerana mungkin mengandungi parasit dan menyebabkan kekurangan vitamin tiamina.
  • Sisa makanan boleh menyebabkan kucing anda akan merasa cerewet dan menjejaskan kesihatannya…
Jadi bermula saat anda membaca entry ni, janganlah bagi makanan yang tidak seimbang untuk kucing anda. Kalau kucing anda sakit, dah tentu menyusahkan anda sekeluarga. Adalah penting untuk anda semua merujuk pada veterinar sekiranya kucing anda menolak makanan melebihi tempoh 24 jam…





 

No comments:

Post a Comment

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr