Salam Ramdhan buat semua... untuk post kali ni, saya nak share mengenai satu info yang saya perolehi melalui pembacaan di buku dan juga di internet. Seperti yang kita ketahui, Si Comel gemar merapikan bulunya dengan menjilat-jilat bulunya. (ibarat kucing tengah mandi). Sebenarnya, penelanan bulu yang banyak ini akan menyebabkan Si Comel akan mengalami akumulasi bulu di dalam perut dan akan menyebabkan pembentukan hairball dan mengakibatkan gangguan pencernaan kucing. Jadi apa yang kita perlu buat? Di pasaran terdapat banyak makanan kucing yang khusus untuk pengawalan "hairball" ni. Dengan memberi Si Comel makanan yang khusus untuk pengawalan hairball ni, ianya sedikit sebanyak akan dapat menghalang pembentukan hairball dan membantu memindahkan bulu dengan selamat melalui sistem penghadaman kucing.
Tanda-tanda Si Comel anda mengalami masalah hairball:
- muntah dan sukar untuk mencerna makanan
- perut akan menjadi besar
- Sukar untuk membuang "air besar"
- Cirit-birit
Mungkin masalah ini biasa bagi kita, tapi dengan pencegahan awal akan dapat membantu Si Comel anda. Sekiranya masalah ini berlanjutan, segeralah membawa Si Comel anda berjumpa veterinar.
No comments:
Post a Comment