Tuesday, February 22, 2011

KUCING PUN TAHU SAYANGKAN ANAKNYA...


    Sejak akhir-akhir ni, isu pembuangan bayi semakin serius melanda di negara kita dan setiap hari ada saja kita dengar dalam surat khabar atau berita kes orang buang bayi. Saya sering tertanya-tanya, kenapalah mereka tergamak nak buang bayi yang tak berdosa tu. Mereka ingat buang bayi ni macam buang sampah ke. Ramai lagi pasangan yang dah bertahun-tahun berkahwin nak dapatkan anak, tapi belum ada rezeki nak menimang cahaya mata. Manusia sekarang dah tak ada akal fikiran yang waras untuk membezakan benda yang baik atau buruk sebelum membuat sesuatu keputusan. Mungkin bagi mereka, ni cara yang selamat kot untuk menutup aib mereka...entahlah...saya agak emo sedikit bila menyentuh isu-isu macam ni.Huhu...so berbalik pada cerita ni, saya ada satu story yang nak dishare dengan you all semua. Baru-baru ni ada 2 ekor anak kucing telah dibuang dihadapan rumah saya. Nasib baiklah kebetulan pada masa tu my dad ada di luar dan dia telah mengutip anak kucing tersebut dan bawa balik ke rumah. Anak-anak kucing tu nyaris nak dilanggar kereta dan mengiau kuat kerana kelaparan. Kucing-kucing saya yang lain hanya melihat anak-anak kucing tu, mungkin mereka rasa pelik kot tetiba ada anak kucing ada di rumah. Saya hanya dapat bagi air kosong dan sedikit makanan buat tu. Ntahla, mana ibu mereka pergi. Mungkin ada orang telah buang anak-anak kucing ni dihadapan rumah saya, sebab mereka tahu kami ada bela kucing. Pada masa tu, Cumi tengah bunting (pregnant). Apabila saya letakkan anak-anak kucing tu pada Cumi, Cumi akan marah. Mungkin Cumi tak suka. About a few days later, lama kelamaan Cumi dah ok dengan anak-anak kucing tu dan tiba-tiba Cumi terus bawa anak-anak kucing tu menggunakan mulut die ke tempat yang lebih selamat. Cumi pun mula bagi susu kepada anak-anak kucing yang tiada ibu ini.       Alhamdulilah...Cumi dah boleh terima anak-anak kucing ni. Mungkin Cumi rasa kesian melihat anak-anak kucing ni menangis setiap hari. At least, dapat gak anak-anak kucing ni merasa nikmat air susu walaupun bukan dari ibu kandungnya. Sekarang ni, anak-anak kucing ni dah hampir 3 bulan umurnya. So kepada orang di luar sana, nasihat saya bila kita nak buat sesuatu, fikirlah dahulu mana yang baik atau yang buruk. Jangan biarkan nafsu mengawal segala-galanya...sedangkan kucing pun sayangkan anaknya...apatah lagi manusia yang dijadikan oleh Allah S.W.T. yang mempunyai baik akal fikiranya...renung-renungkanlah bersama...
 Dua ekor anak kucing yang kehilangan ibunya...

No comments:

Post a Comment

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr