Monday, February 21, 2011

REALITI ATAU FANTASI?

             Sampai sekarang, saya masih lagi teringat story ni, tak tahulah sama ada realiti atau fantasi saya semata-mata...yela sekarang ni saya banyak berangan lar...hehehe. Pada awal Januari 2011, my younger brother, Naim telah dimasukkan ke Wad Pediatrik Hospital Kuala Lumpur. Almost 1 month gak lah dia berkampung di Wad tu. Tapi story yang saya nak share ni bukan pasal Naim, tapi tentang kucing misteri yang kami jumpa di Institut Pediatrik ni. It happens on 10 Januari 2011. Masa ni saya ada di hospital menemani adik kesayangan ku ni... pada malam tu, saya lapar, jadi kami berdua pun pergi ke kedai runcit yang ada di Wad tu...Tiba-tiba, saya terdengar suara kucing mengiau dengan kuatnya. Saya ternampak seekor kucing yang sedang kelaparan. Saya rasa kesian sangat. Orang ramai yang ada di sekeliling buat tak paham aje. “Naim, pergi beli keropok ikan kat kedai tu”, pesan saya pada Naim. Kami pun bagi kucing tu makan keropok ikan tu. Nak bagi makanan lain takut plak kucing tu tak nak makan. Selepas tu, kami pun balik ke wad.
           Keesokannya, dalam pukul 4.30 pagi, saya terdengar suara kucing mengiau kuat di dalam wad KK5 tu. Saya pun terbangun & terkejut bila tengok kucing yang kami bagi makan keropok malam tadi ada kat sebelah katil saya. Saya pun kejutkan Naim. Saya menghalau kucing tu keluar takut mengganggu patient lain yang tengah tidur. Lepas tu, saya dengar suara nurse-nurse dalam wad tu menghalau kucing tu keluar. Kami pun sambung balik tidur. Pagi tu saya teringat balik cerita kucing yang tiba-tiba muncul tu. Saya tanya Naim sama ada dia ingat atau tak. Naim kata dia sedar masa tu tapi masih dalam keadaan mamai lagi. Huh! Tak bole harap langsung Naim ni. Sampai sekarang saya pun tak pasti sama ada kejadian kucing naik ke wad tu realiti atau fantasi saya. Naim masih sempat buat lawak dan bagi tahu saya, “agaknya kucing tu cari kita sebab nak ucapkan terima kasih sebab bagi dia makan semalam kot”. Apapun, terror gak kucing misteri tu datang cari kami...hehehe...Petang tu kami pun cari balik kucing tu, tapi tak jumpa pun. Kemanakah kucing misteri tu menghilang???

Kucing misteri...

No comments:

Post a Comment

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr