Tuesday, November 29, 2011

BUNUH KUCING UNTUK DIJADIKAN MAKANAN?



Salam dan selamat petang semua.... :(
Mesti you all tertanya-tanya tajuk post utk kali ni...
This time, sy nak share story yg saya dapat dari blog kami sayang kucing (TQ yer)...
Mood bila bc entry ni membuatkan sy rasa sedih + marah + geram...
Kucing yang kita selalu belai dan bermain dijadikan makanan kita (cuba bayangkan), berapa sadisnya umat manusia sekrg... entri-entri sebelum ni sy ada share mengenai kucing yang dibunuhlah, dipukul lah...isu mengenai
kucing-kucing ni tak pernah nak habis kan...apa salah haiwan manja ni...
Di negara China, haiwan-haiwan selalu dijadikan sbg makanan eksotik
Sy nak share dengan you all gambar-gambar tersebut:




P/s: Jangan percaya bahawa amalan memakan haiwan eksotik ni akan menguatkan tenaga sebaliknya ianya mengundang penyakit yang boleh melemhkan badan....
Sy harap pihak-pihak bertanggungjawab akan mengambil tindakan yang keras ke atas pihak-pihak mahupun individu yang menyeludup haiwan secara haram dan menjadikan haiwan sebagai makanan eksotik.

Saturday, November 19, 2011

WHAT IS A CAT?

Cats do what they want.
They rarely listen to you.
They're totally unpredictable.
They whine when they are not happy.
When you want to play, they want to be alone.
When you want to be alone, they want to play.
They expect you to cater to their every whim.
There're moody.
They leave hair everywhere.
They drive you nuts and cost an arm and a leg.


Conclusion: Cats are tiny women in little fur coats.


TQ MR.GOOGLE (:

Tuesday, November 1, 2011

DAH JOIN KE BELUM?

Lama sungguh rasanya tak mengupdate blog kesayangan ku ini....almost 1 month jugalah kan...hehe...You all dah join ke contest yang whiskas anjurkan Whiskas:Ronda-Ronda Si Comel... For those yang ada kucing tu bolehlah join...Senang je...Siapa yang ada akaun facebook tu boleh lah join dan search whiskas malaysia. Kat situ adalah ditunjukkan cara-cara nak join... Senang aja, you all just attach gambar Si comel anda...nak upload banyak mana pun takpa. Kalau anda bertuah dan pemuat naik gambar setiap ke 200, you all boleh menang duit tau... So apatah lagi, cepat2 join tau... Saya pun dah join, tapi belum bernasib baik untuk menang...haha...doa2kan lah semoga saya bertuah.... ;-)


Saturday, October 1, 2011

KUTU MENYERANG!!!

Kucing sy bernama Pak Tam telah dijangkiti kutu dan hama... Kesian pula sy lihat Pak Tam sampai tergaru-garu badan dan telinganya. So, sy decide nak bawa Pak Tam ke klinik haiwan. Dr.Yoong (veterinar) telah memulakan tugasnya dengan memeriksa badan Pak Tam dan telinganya. Doc bagi tau Pak Tam terkena jangkitan kutu. Then doc masukan ubat vaksin kutu di badan Pak Tam... So, sy pun tanya doc kenapa kutu senang berjangkit pada kucing.  Doc bagi tahu disebabkan persekitaran (tempat Pak Tam bermain di luar) dan terkena jangkitan kucing luar.  So, Doc bagi ubat Frontline Spray untuk spray pada badan Pak Tam, ubat sapu pada telinga yang berkudis disebabkan digaru oleh Pak Tam dan shampoo khas untuk merawat kutu. Total semuanya dekat RM80++ berhabis disebabkan Pak Tam. Sy sakit pergi klinik pun tak samapi macam tu. Huh...sayang punya pasal, mahal ke tak di tolak ketepi. Aku harap, Pak Tam sempat sembuh yer...Bulan dpan kena bawa Pak Tam lagi check out kat klinik... 

P/S: Masa gi klinik hari tu, sy terlupa nak ambil video dan gambar Pak Tam...asyik bz nak pegang Pak Tam yang tak nak duk diam membuatkan sy terlupa terus nak ambil video. Nanti sy upload pic Pak Tam yang sakit k... (:






Friday, September 9, 2011

myMetro | 16 kucing mati

Pagi-pagi lagi di office sementara nak tunggu students masuk kelas, sempat lah saya membelek-belek surat khabar. Yelah nak tahu story2 baru kan... n then bila masuk page yang kedua, tersentaplah juga bila baca entri pasal 16 kucing mati... sedih rasanya bila dapat tahu... tiba2 teringat kucing-kucing ku di rumah... kenapa agaknya ada manusia yang berhati kejam... kalau yelah nak mengait keuntungan, tak payahlang nak menyeksa haiwan-haiwan tersebut. Orang dah percaya kan kita jadi kenalah buat kerja dengan baik. Pihak yang berkenaan patut ditahan dan ditangkap di atas kekejaman tersebut. For those yang belum sempat nak baca entri pasal tu, so saya ada link kan sekali ke paper tersebut.

myMetro | 16 kucing mati

Sunday, August 14, 2011

Hairball Control

Salam Ramdhan buat semua... untuk post kali ni, saya nak share mengenai satu info yang saya perolehi melalui pembacaan di buku dan juga di internet.  Seperti yang kita ketahui, Si Comel gemar merapikan bulunya dengan menjilat-jilat bulunya. (ibarat kucing tengah mandi). Sebenarnya, penelanan bulu yang banyak ini akan menyebabkan Si Comel akan mengalami akumulasi bulu di dalam perut dan akan menyebabkan pembentukan hairball dan mengakibatkan gangguan pencernaan kucing. Jadi apa yang kita perlu buat? Di pasaran terdapat banyak makanan kucing yang khusus untuk pengawalan "hairball" ni. Dengan memberi Si Comel makanan yang khusus untuk pengawalan hairball ni, ianya sedikit sebanyak akan dapat menghalang pembentukan hairball dan membantu memindahkan bulu dengan selamat melalui sistem penghadaman kucing.


Tanda-tanda Si Comel anda mengalami masalah hairball:



  • muntah dan sukar untuk mencerna makanan
  • perut akan menjadi besar
  • Sukar untuk membuang "air besar"
  • Cirit-birit
Mungkin masalah ini biasa bagi kita, tapi dengan pencegahan awal akan dapat membantu Si Comel anda.  Sekiranya masalah ini berlanjutan,  segeralah membawa Si Comel anda berjumpa veterinar.






Wednesday, August 3, 2011

NAMA SAYA TOMTOM...

Hai, hari ni saya nak perkenalkan lagi seekor kucing saya yang bernama TOMTOM... Tomtom ni kucing jantan yang sangat-sangat manja dan berani. Perangai pelik Tomtom ni, die suka naik kereta dan tidur dalam bilik air-cond. Kalau nampak kita naik kereta mesti nak ikut sama. Kalau kita tidur dalam bilik, mesti die bising nak ikut sama tidur dalam bilik... hehe... 



COMEL TAK SAYA?

Thursday, July 28, 2011

CUMI PELIK???

Salam and hai to everyone... lama sungguh diriku tak mengupdate blog, yela sekarang ni diriku teramatlah bz. Almost 2 weeks lah juga diriku tak pulang ke kampung halaman, that mean dah dekat 2 weeks lah saya tak jumpa my cats...haha.. serius kata yang saya sangat2 rindukan kucing saya... For today post, saya nak share dengan you all pic Cumi yang dalam keadaan pelik... mungkin Cumi dahaga atau keletihan. this pic my bro yang mms to me (yela kot dia tau saya rindukan my cats) hehe...




Thursday, July 21, 2011

MOVIE YANG MENARIK UNTUK DIKONGSI...

Malam ni tetiba my cousin ajak tengok movie "The Aristocats"... Masa kecil2 dulu penah lah tengok, tapi dah lupa lar...hehe... Rupanya cerita ni dah lama tahun 1970. Saya kan peminat kucing, jadi movie ni sangat2 cute and menarik untuk ditonton... For those yang belum tengok lagi, saya nak share sinopsis movie ni dgn you all semua... Ianya mengisahkan seekor ibu kucing yang bernama Duchess yang mempunyai 3 ekor anak yang bernama Marie, Berlioz, and Toulouse dan tinggal di sebuah rumah besar bersama tuannya  Madame Adelaide Bonfamille dan pembantunya yang jahat, Edgar. Akisahnya, Madame Adelaide telah meninggalkan wasiat kepada peguamnya utk menyerahkan semua hartanya kepada kucing-kucingnya setelah beliau mati. Ini menimbulkan kemarahan Edgar. Jadi Edgar ni merancang untuk meMbunuh kucing-kucing ni. Di sini lah bermula kisahnya apabila Duchess dan anak2nya kehilangan tuannya sehingga mereka berjumpa seekor kucing jantan yang macho bernama  Thomas O'Malley. Malley membantu Duchess dan anak2nya untuk pulang semula ke Paris... So, macam2 halangan dan dugaan yang ditempuhi mereka sepanjang jalan. Pada you all nak tahu apa ending movie ni, you all leh download sendiri atau tengok kat you tube yer... Memang best and kelakar sangat movie ni. :-)










Monday, July 18, 2011

CUMI SIS'S

Kalau nak tahu ni lah adik beradik dgn Cumi...nama dia Baby. Baby skrg stay with my aunty... cute kan. ;-)


Ada sama tak dgn Cumi? :-P

Tuesday, July 12, 2011

GAMES FOR CATS!


  • Bestnya kucing-kucing sekarang dah pandai main Ipad.;-D
  • Cool games for the cats...

Monday, July 4, 2011

DAHAGANYA SAYA...

Nak tengok gelagat Cumi dan Manis bila merebutkan air dalam cawan... ;-)



Saturday, June 25, 2011

KENAPA SAYA SAYANG KUCING SAYA?

Seperti yang you all semua tau, sy seorang peminat n pencinta kucing....sehinggakan kwn2ku di office pun dah tau sy ni rajin buat amal jariah utk kucing...hehe...kat kolej sy kerja ni banyaklah kucing-kucing terbiar, so sy rajinlah membeli makanan kucing dan memberi kan pada kucing-kucing ni...so sweetkan...hehe...adalah one of my fren kat cni mesti ketawa kalau nampak sy ber"mesra" dgn kucing-kucing ni... n bila die nampak kucing kelaparan, msti die siap text atau fb kat sy bagi tau ada kucing nak mkn...die ingat diriku ni welfare organization....hehe..apapun sy mmg ikhlas and sangat2 gembira bila berbuat kebaikan pada Si Comel ni... nak tahu tak napa sy suka sgt pada kucing?
  1. kucing ni kerja die makan, pastu tidur, bangun tidur minta makan, pastu main2 kejap, buang air (kecil & besar), mintak makan lagi pastu tiduuuurrrrr..... Zzzz.. sweetkan... ;-)
  2. bulu kucing soft sangat bila pegang....research kata kalau pegang dan bermain dengan kucing dapat menghilangkan stress... (apa yang saya alami mmg betul)
  3. Membela kucing sebahagian dari Sunnah Rasullulah dan merupakan binatang kesayangan Baginda... Dengan membela kucing boleh dapat keberkatan sebab kucing ni selalu mendoakan tuannya murah rezeki
  4. Saya menjadi seorang manusia yang sangat bertanggungjawab dan sangat-sangat mementingkan kebersihan. 
  5. Kucing ni satu makhluk yang sangat unik...manja, penyayang, faham apa yang tuan die cakap n yang paling penting jadi partner saya bila saya sedih+bosan+happy+kecewa....
  6. Sebab yang keenam....terlaalu sukar utk dimengertikan mengapa saya suka kucing... Sejak dari azali lagi saya suka kucing... hehehe

Thursday, June 16, 2011

WELCOME TO OUR NEW FAMILY MEMBERS!!!

Salam...lama sungguh diriku tak meng update blog kucing ku ini...almaklumlah sekrg diriku amat bz, sejak menjak skrg dah duk KL, bila dah duk jauh ni, rinduuuuu sgt kat kucing2 ku dirumah... Tomtom kesian kat dier, sampai jadi kurus coz takda org nak take care dier. I miss my cats!!! huaaaa. :'-(.  For the previous post, sy ada story pasal Bella yg baru dpt babys, sayangnye hanya 2 ekor shj yang dapat hidup, the rest mati (mungkin tak cukup bulan). Sekrg pula, Cumi dah dapat babys juga, anak die ada 6 5 ekor, (baru seekor mati) ...(bertambah lah lagi kucing ku dirumah n bertambahlah lagi stress ibuku) huhu... by the way, anak cumi very2 cute, anak2 die semuanya berbulu kembang... siap ada 2 ekor warna putih...dah da siap org dtg rumah nak booking nak anak cumi... insyallah saya akan memberikan kepada anda yer... sabar yer sehingga anak2 ini berhenti minum susu dr ibunyer k.



Monday, May 23, 2011

BELLA DAPAT BABY'S

Kelmarin (21.05.11) jam 2.30 a.m., one of my cats, Bella baru melahirkan anak-anak nye sebanyak 5 ekor... Lagi bertambahlah kucing-kucingku di rumah... malam sebelum Bella melahirkan baby's nye, saya tengok Bella ke sana ke sini mencari tempat untuk melahirkan anaknye. Saya adalah letak 1 kotak untuk Bella, tapi last2nyer, Bella lahirkan dkt belakang TV. Anak-anaknye kecil sangat, 2 kali besar ibu jari tangan orang dewasa. Hari tu tak sempat nak ambil gambar, tunggulah dah besar sedikit, baru update kat blog yer. 


Bella dgn anak Cumi...

Saturday, May 14, 2011

BUSUKNYE!!!!

Salam...

Ramai yang bertanya, kalau bela kucing senang ke nak jaga? Apapun depends pada individu tersebut, kalau betul-betul berminat dan rajin, insyaalah semua akan ok...kalau yang rasa tak leh bagi komitmen tapi sayangkan kucing, saya suggest kan jangan bela kucing...takut nanti you all tak tahan dan melepaskan geram kat kucing tu. Sekarang, ada 8 ekor kucing yang saya jaga, daripada 17 ekor, ada yang diberi pada orang dan ada yang mati. Mak saya bising juga saya nak bela kucing ni, yelah bau busuk lagi, pastu bulu-bulu kucing berterbangan merata-rata tempat. Mak saya kata, kalau orang datang rumah nanti bau busuk jer, bukan semua orang sukakan kucing ni, ada yang allergic la, takutlah dan macam2 karenah. Nanti jiran complaintlah...huhu...Kalau saya takda kat rumah, siapa plak nak ambil alih tugas menjaga kucing-kucing nilah... rumah plak tak bole nak berhiaslah, kucing suka panjat sini panjat sanalah...hari-hari ada je yang mak saya bising. huhu... Tapi saya tak peduli semua tu, yang penting macam saya kata tadi nak kena rajin dan nawaitu kita sendiri, najis kucing kenalah selalu cuci, pastu gunalah pet deodorant untuk sembur pada tempat-tempat yang berbau dan rajin bersihkan rumah (sapu lantai,lap2 habuk, mop lantai) dan semburkan pewangi di dalam rumah... Insyallah segala kesulitan pasti dapat diatasi. Biasalah bukan semua suka, dan bukan senang nak jaga hati semua pihak, apapun saya berharap ada yang sudi memahami.

Thursday, May 5, 2011

CAT'S CAKE






For today post, saya nak share dengan you all picture Cat's Cake...Kreatif sangat orang yang buat all this cake... Rasa tak sanggup je nak makan...hehehe

Sunday, April 24, 2011

KUCING PELIK...

Nak tengok tak picture kucing yang tak da telinga...tapi look cute sangat kan...



                                                                           

Friday, April 15, 2011

TIPS PEMAKANAN UNTUK KUCING...

Selalunya,kalau kita terlalu sayangkan kucing, kita memberikan mereka pemakanan yang tidak sesuai. Ini boleh memudaratkan kucing kerana ia boleh menyebabkan masalah gemuk dan mengakibatkan masalah kesihatan.

Di sini dinyatakan contoh pemakanan yang tidak sihat dan tidak boleh diberi pada kucing kita:

  • Telur mentah kerana boleh menyebabkan kekurangan vitamin biotin, yang boleh menyebabkan penyakit dermatis, kehilangan bulu dan pertumbuhan terbantutt.
  • Susu kerana menyebabkan cirit-birit, kerana kebanyakan kucing tak mampu mencernakan laktosa.
  • Tulang, terutamanya tulang ayam, mungkin ada serpihan yang boleh tersekat dalam mulut atau tekak kucing.
  • Ikan dan daging mentah kerana mungkin mengandungi parasit dan menyebabkan kekurangan vitamin tiamina.
  • Sisa makanan boleh menyebabkan kucing anda akan merasa cerewet dan menjejaskan kesihatannya…
Jadi bermula saat anda membaca entry ni, janganlah bagi makanan yang tidak seimbang untuk kucing anda. Kalau kucing anda sakit, dah tentu menyusahkan anda sekeluarga. Adalah penting untuk anda semua merujuk pada veterinar sekiranya kucing anda menolak makanan melebihi tempoh 24 jam…





 

Wednesday, April 13, 2011

HAPPY BIRTHDAY...

Hari ni (13.04.2011) genaplah setahun umur kucing-kucing kesayangan ku ini...TOMTOM, BELLA & MANIS...Sepatutnya ada 5 ekor, tapi seekor dah mati dan seekor lagi dah dicuri orang...sempatlah celebrate bagi mereka posing dengan kek...hehe




Thursday, April 7, 2011

KUCING-KUCING BERPAKAIAN...

Apabila kucing-kucing berpakaian...





                                                                 cute tak???
                                         
Agak-agaknye nak tak kucing-kucing saya berpakaian macam ni...huhuhu....
                                       


                                               pic taken from infostres.com. TQ

Tuesday, April 5, 2011

Wednesday, March 30, 2011

TERIMA KASIH DAUN KELADI...


Salam semua...rasa rindu pulak coz dah lama tak update story yang baru. Kalau yang mengikuti, dalam post-post yang lepas, saya ada masukkan post mengenai siapa nak jadi mama dan papa angkat kepada kucing kan? So far feedback yang diterima cukup baik. Terima kasih lah banyak-banyak pada yang sudi nak jadikan anak-anak kucing ni sebahagian daripada bilangan ahli keluarga. Adalah beberapa teman bertanya, napa tak jual saja ni? Tentulah dapat duit kan...lagipun anak-anak kucing ni bukan daripada baka kucing biasa. Kalau jual kat kedai atau pada orang, bolehlah dapat dalam seekor dalam RM100-200. Tapi, saya rasa tak sampai hati pulak nak jual anak-anak kucing ni...biarlah saya sedekahkan dan bagi pada orang-orang yang betul ikhlas nak jaga. Jangan pulak hangat-hangat tahi ayam, mula-mula beriya-iya tapi lama kelamaan dah mula rasa menyampah dan hilang sabar...apa-apapun, tepuk dada tanya pada hati...betulkan peribahasa ini. Hehehe... Ikhlas daripada hati saya, terima kasih banyak-banyak dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian semua.



Sedih je nak pisah dengan kucing-kucing ni. ;-(

Sunday, March 27, 2011

TOMTOM DAH GILER...


Saya nak share video TOMTOM yang tetiba jadi giler dengan mop lantai. Selalunya die ok jer kalau tengok mop lantai tu bergerak...

Friday, March 25, 2011

DURIANS TIME...

Sekarang ni kat Perak tengah musim orang makan durian...antara yang paling sibuk adalah kucingku yang bernama Manis...tak tahulah napa dia suka sangat kat durian...kalau tak bagi nanti Manis akan gigit tangan orang. Hebat juga Manis makan dalam 4 ulas. Tak bole bagi banyak nanti akan sakit perut. Macam manusia gak kalau makan durian banyak bole buat sakit perut. Lepas ni nak bagi die makan tempoyak plak...hahaha...


Manis tengah pelahap makan durian...

Monday, March 21, 2011

TUAH BELA KUCING DI JEPUN...

Tashirojima, juga dikenali sebagai "Pulau Kucing" diyakini telah hancur oleh gempa 9.0 dan selepas tsunami baru-baru ini .  Namun berdasarkan laporan terkini menunjukkan populasi manusia dan kucing di pulau tersebut didapati selamat.  Penduduk- prnduduk pulau ini adalah nelayan dan mereka memelihara kucing  kerana mempecayai kucing memberikan mereka tuah, memberi keuntungan dan perlindungan daripada bahaya. 
Populasi manusia dari Pulau Kucing telah berkurangan sejak 1950, dan kini yang masih menetap di pulai ini  sekitar 100 orang penduduk tetap yang bekerja sebagai nelayan dan mengusahakan  industri pelancongan. Populasi kucing di pulau ini telah berkembang di bawah perlindungan pendududuk, dengan memastikan  bahawa tidak ada haiwan anti-kucing (seperti anjing) yang boleh didapati di pulau mereka. Sekarang ada ribuan kucing hidup di Tashirojima, tanpa mengira  status kedudukan mereka semuanya menghormati dan menyayangi kucing -kucing  dan mempercayai kucing membawa keuntungan mereka, keindahan dan kemampuan untuk menghapus tikus tanah. 
Walaupun kebanyakan mereka selamat namun mereka kekurangan bekalan makanan. Usaha menyelamat dan penghantaran bekalan makanan sedang diusahakan hanya boleh menggunakan helikopter sahaja kerana keadaan perairan yang tidak selamat selepas tsunami. (Sumber: www.orangmuo.com)
 
 
 
 
Header image by sabrinaeras @ Flickr