Wednesday, March 30, 2011

TERIMA KASIH DAUN KELADI...


Salam semua...rasa rindu pulak coz dah lama tak update story yang baru. Kalau yang mengikuti, dalam post-post yang lepas, saya ada masukkan post mengenai siapa nak jadi mama dan papa angkat kepada kucing kan? So far feedback yang diterima cukup baik. Terima kasih lah banyak-banyak pada yang sudi nak jadikan anak-anak kucing ni sebahagian daripada bilangan ahli keluarga. Adalah beberapa teman bertanya, napa tak jual saja ni? Tentulah dapat duit kan...lagipun anak-anak kucing ni bukan daripada baka kucing biasa. Kalau jual kat kedai atau pada orang, bolehlah dapat dalam seekor dalam RM100-200. Tapi, saya rasa tak sampai hati pulak nak jual anak-anak kucing ni...biarlah saya sedekahkan dan bagi pada orang-orang yang betul ikhlas nak jaga. Jangan pulak hangat-hangat tahi ayam, mula-mula beriya-iya tapi lama kelamaan dah mula rasa menyampah dan hilang sabar...apa-apapun, tepuk dada tanya pada hati...betulkan peribahasa ini. Hehehe... Ikhlas daripada hati saya, terima kasih banyak-banyak dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian semua.



Sedih je nak pisah dengan kucing-kucing ni. ;-(

No comments:

Post a Comment

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr