Monday, March 21, 2011

TUAH BELA KUCING DI JEPUN...

Tashirojima, juga dikenali sebagai "Pulau Kucing" diyakini telah hancur oleh gempa 9.0 dan selepas tsunami baru-baru ini .  Namun berdasarkan laporan terkini menunjukkan populasi manusia dan kucing di pulau tersebut didapati selamat.  Penduduk- prnduduk pulau ini adalah nelayan dan mereka memelihara kucing  kerana mempecayai kucing memberikan mereka tuah, memberi keuntungan dan perlindungan daripada bahaya. 
Populasi manusia dari Pulau Kucing telah berkurangan sejak 1950, dan kini yang masih menetap di pulai ini  sekitar 100 orang penduduk tetap yang bekerja sebagai nelayan dan mengusahakan  industri pelancongan. Populasi kucing di pulau ini telah berkembang di bawah perlindungan pendududuk, dengan memastikan  bahawa tidak ada haiwan anti-kucing (seperti anjing) yang boleh didapati di pulau mereka. Sekarang ada ribuan kucing hidup di Tashirojima, tanpa mengira  status kedudukan mereka semuanya menghormati dan menyayangi kucing -kucing  dan mempercayai kucing membawa keuntungan mereka, keindahan dan kemampuan untuk menghapus tikus tanah. 
Walaupun kebanyakan mereka selamat namun mereka kekurangan bekalan makanan. Usaha menyelamat dan penghantaran bekalan makanan sedang diusahakan hanya boleh menggunakan helikopter sahaja kerana keadaan perairan yang tidak selamat selepas tsunami. (Sumber: www.orangmuo.com)
 
 
 

No comments:

Post a Comment

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr