Wednesday, March 30, 2011

TERIMA KASIH DAUN KELADI...


Salam semua...rasa rindu pulak coz dah lama tak update story yang baru. Kalau yang mengikuti, dalam post-post yang lepas, saya ada masukkan post mengenai siapa nak jadi mama dan papa angkat kepada kucing kan? So far feedback yang diterima cukup baik. Terima kasih lah banyak-banyak pada yang sudi nak jadikan anak-anak kucing ni sebahagian daripada bilangan ahli keluarga. Adalah beberapa teman bertanya, napa tak jual saja ni? Tentulah dapat duit kan...lagipun anak-anak kucing ni bukan daripada baka kucing biasa. Kalau jual kat kedai atau pada orang, bolehlah dapat dalam seekor dalam RM100-200. Tapi, saya rasa tak sampai hati pulak nak jual anak-anak kucing ni...biarlah saya sedekahkan dan bagi pada orang-orang yang betul ikhlas nak jaga. Jangan pulak hangat-hangat tahi ayam, mula-mula beriya-iya tapi lama kelamaan dah mula rasa menyampah dan hilang sabar...apa-apapun, tepuk dada tanya pada hati...betulkan peribahasa ini. Hehehe... Ikhlas daripada hati saya, terima kasih banyak-banyak dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian semua.



Sedih je nak pisah dengan kucing-kucing ni. ;-(

Sunday, March 27, 2011

TOMTOM DAH GILER...


Saya nak share video TOMTOM yang tetiba jadi giler dengan mop lantai. Selalunya die ok jer kalau tengok mop lantai tu bergerak...

Friday, March 25, 2011

DURIANS TIME...

Sekarang ni kat Perak tengah musim orang makan durian...antara yang paling sibuk adalah kucingku yang bernama Manis...tak tahulah napa dia suka sangat kat durian...kalau tak bagi nanti Manis akan gigit tangan orang. Hebat juga Manis makan dalam 4 ulas. Tak bole bagi banyak nanti akan sakit perut. Macam manusia gak kalau makan durian banyak bole buat sakit perut. Lepas ni nak bagi die makan tempoyak plak...hahaha...


Manis tengah pelahap makan durian...

Monday, March 21, 2011

TUAH BELA KUCING DI JEPUN...

Tashirojima, juga dikenali sebagai "Pulau Kucing" diyakini telah hancur oleh gempa 9.0 dan selepas tsunami baru-baru ini .  Namun berdasarkan laporan terkini menunjukkan populasi manusia dan kucing di pulau tersebut didapati selamat.  Penduduk- prnduduk pulau ini adalah nelayan dan mereka memelihara kucing  kerana mempecayai kucing memberikan mereka tuah, memberi keuntungan dan perlindungan daripada bahaya. 
Populasi manusia dari Pulau Kucing telah berkurangan sejak 1950, dan kini yang masih menetap di pulai ini  sekitar 100 orang penduduk tetap yang bekerja sebagai nelayan dan mengusahakan  industri pelancongan. Populasi kucing di pulau ini telah berkembang di bawah perlindungan pendududuk, dengan memastikan  bahawa tidak ada haiwan anti-kucing (seperti anjing) yang boleh didapati di pulau mereka. Sekarang ada ribuan kucing hidup di Tashirojima, tanpa mengira  status kedudukan mereka semuanya menghormati dan menyayangi kucing -kucing  dan mempercayai kucing membawa keuntungan mereka, keindahan dan kemampuan untuk menghapus tikus tanah. 
Walaupun kebanyakan mereka selamat namun mereka kekurangan bekalan makanan. Usaha menyelamat dan penghantaran bekalan makanan sedang diusahakan hanya boleh menggunakan helikopter sahaja kerana keadaan perairan yang tidak selamat selepas tsunami. (Sumber: www.orangmuo.com)
 
 
 

Friday, March 18, 2011

WANITA, NERAKA & KUCING...

Salam buat semua...untuk post kali ni, saya nak share dengan semua mengenai satu artikel yang saya perolehi mengenai kisah seorang wanita yang dimasukkan ke neraka kerana menyeksa seekor kucing peliharaanya. Hati yang keras dan tabiat yang buruk boleh menjerumuskan pemiliknya ke dalam Neraka. Dengan itu, mereka mencelakakan diri mereka disebabkan oleh apa yang mereka lakukan kepada orang lain. Di antara mereka ada seorang wanita yang diceritakan oleh Rasulullah S.a.w. Dia mengurung seekor kucing sampai ia mati kelaparan dan kehausan. Kerana perbuatan itu dia pun masuk Neraka.
Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar dari Nabi S.a.w bersabda, yang ertinya: “Seorang wanita masuk Neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.”Dalam riwayat Bukhari, “Seorang wanita disiksa kerana seekor kucing yang dia kurung sampai mati. Dia masuk Neraka kerananya. Dia tidak memberinya makan dan minum sewaktu mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya dia makan serangga bumi.”
Rasulullah S.a.w telah melihat wanita yang mengikat kucing ini berada di Neraka manakala beliau melihat Syurga dan Neraka pada solat gerhana. Dalam Sahih Bukhari dari Asma binti Abu Bakar bahwa Rasulullah S.a.w bersabda, yang ertinya: “Lalu Neraka mendekat kepadaku sehingga aku berkata, ‘Ya Rabbi, aku bersama mereka?’ Aku melihat seorang wanita. Aku menyangka wanita itu diserang oleh seekor kucing. Aku bertanya, ‘Bagaimana ceritanya?’ Mereka berkata, ‘Dia menahannya sampai mati kelaparan. Dia tidak memberinya makan dan tidak pula membiarkannya mencari makan.” Nafi’ berkata, “Menurutku dia berkata, ‘Mencari makan dari serangga bumi.”
Muslim meriwayatkan dari Jabir hadis Rasulullah S.a.w yang melihat seorang wanita yang mengikat kucing berada di Neraka. Di dalamnya terdapat keterangan bahwa wanita itu berasal dari Bani Israil. Dalam riwayat lain disebutkan bahwa wanita itu berasal dari Himyar.

Wednesday, March 16, 2011

KUCING & KEHARMONIAN KELUARGA...

Untuk post kali ni, saya nak share dengan you all semua beberapa info yang saya perolehi hasil pembacaan saya mengenai kucing. Macam nak buat research plak kan.
Sepanjang saya memiliki kucing, ianya merupakan suatu pengalaman yang amat indah buat saya dan keluarga. Memiliki kucing banyak mengajar saya erti sebenar kasih sayang dan menjadikan saya seorang manusia yang lebih bertanggungjawab. Benarlah kata orang, kalau kita memiliki atau memegang kucing di saat diri dilanda masalah, ianya dapat mengurangkan lagi stress. Kalau saya ada problem, saya suka bercakap dengan kucing.hehehe...walaupun dieorang tak paham, tapi saya akan rasa lega. Dalam Islam pun ada berkata, kalau kita berbuat baik dengan haiwan peliharaan kita, insyallah, haiwan-haiwan tersebut akan mendoakan kebahagiaan tuan mereka. Hasil pembacaan saya selama ni, saya dapati bahawa:-
  • Kajian menunjukkan bahawa keluarga yang ada membela dan menyayangi kucing akan lebih rapat dan harmoni.
  • Bagi yang berumur pula, memiliki kucing mampu mengurangkan tekanan dan menambahkan kesihatan diri.
  • Manakala, bagi pemilik kucing sendiri, mereka akan berisiko rendah untuk menghidapi penyakit kardiovaskular.
  • Anak-anak kecil pula, akan dapat belajar berinteraksi dan memikul tanggungjawab menjaga kesihatan kucing.
Diharap info-info yang saya perolehi ini dapat menjadikan semua pemilik kucing lebih bertanggungjawab serta lebih kasih dan sayang pada kucing. Saya pun memahami, kerana saya juga adalah pencinta kucing!!!

                                     Tomtom & Manis

Sunday, March 13, 2011

KISAH NABI MUHAMMAD SAW DAN KUCINGNYA...

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan pergi kepada majikannya. Sebgai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut badan kucing itu. Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu mengendong Mueeza dan di taruhnya dipahanya.  Salah satu sifat Muezza yang nabi suka ialah, ia selalu mengiau ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya tedengar seperti mengikuti lantunan suara azan.  Bahkan kepada para sahabatnya, nabi berpesan untuk menyanyangi kucing peliharaan layaknya menyanyagi keluarga sendiri.  Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan comel ini sangatlah serius, dalam sebuah hadis Shahih Al-Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kepada kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makanan sendiri, Nabi Muhammad SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka. Beberapa diantara orang terdekat nabi juga memelihara kucing. Aisyah binti Abu Bakar Shiddiq, isteri nabi amat menyayangi kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Abdurrahman bin Sakhr Al-Azdi, diberi julukan Abu Huruyrah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memlihara berbagai kucing jantan dirumahnya...







Saturday, March 12, 2011

SHOPPING TIME!!!

Semalam saya pergi pet shop shopping barang-barang kucing...Kalau cakap bab makan ni, disebabkan banyak kucing di rumah, selalunya dalam seminggu mesti beli dua kilo makanan kucing. Waktu breakfast or lunch time,saya selalu bagi makanan kucing yang kering dan dinner time bagi makanan tin (makanan basah). Kalau cakap brand, saya suka beli campur-campur coz taknak bagi kucing-kucing ni cepat jemu. Most favourite brand ialah Whiskas, Friskies dan SmartHeart
Selain tu juga, saya selalu beli pasir kucing (cat litter) untuk kucing-kucing saya. Kalau nak yang tahan  bau, saya akan beli brand yang mahal coz ada letak flavour macam strawberi, lemon and orange supaya pasir kucing tu tak berbau. Tapi kalau pergi Tesco, saya selalu beli pasir kucing kat sana coz die sangat murah dan dapat beli banyak, tapi takda flavour lah... My mom selau bising, dia cakap "kutip je pasir kat tepi jalan je", hehehe... Other than that, kalau shopping barangan kucing, saya suka beli aksesori macam rantai leher dan baju kucing even my cats tak berapa nak sangat nak pakai...saya suka tengok coz it looks very cute even the price is expensive. ;-) Jadi gila plak tengok barang-barang ni...

(Barang-barang Kucing Yang Dibeli)

Thursday, March 10, 2011

CAT ABUSE

I'm taken this article from the Star online, dated 4 & 7 March 2011. I want to share this true story with all of u...

Now, cat abuse video goes viral on Net- DATED 4 MARCH 2011


EVEN before the culprit in the infamous poodle-abusing clip can be found, another video of a woman abusing three kittens in Serdang has been uploaded on Facebook, China Press reported. The five-minute video shows the woman punching and kicking the kittens to death, it reported.
The abuser hit the kittens with an umbrella before stepping on them.
Another cat, which was believed to be the mother of the kittens, was seen trying to rescue the kittens but was chased away by the abuser.
The video has attracted over 900 people to leave angry messages. Some wanted the culprit caught and brought to book.
The Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA) in Selangor said it had received a report over the video and was investigating.

Kitten killer claims to be depressed over parents’ divorce- DATED 7 MARCH 2011

SERDANG: A woman who gained notoriety after a video showing her abusing kittens was uploaded on Facebook has apologised. She claimed that she was suffering from depression after her parents divorced.
“I could not control my emotions at that moment, but now realise I had made a terrible mistake after watching the video myself,” said Chow Xiao Wei, whose cruel act was captured on a CCTV in a backlane near here.
Full of regret: Chow apologising atthe press conference held at Ean Yong’s office in Serdang.
The 20-year-old said she regretted her actions and was prepared to face the consequences.
She was also willing to do community service with the Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA).
The five-minute video was posted on Facebook about a week ago.
In the CCTV footage, a person wearing a cap is seen hitting kittens with an umbrella, then stomping and kicking them to death.
After the video went viral, Chow’s acquaintances, who recognised her from the video, posted her name and phone number online.
Chow soon began receiving threatening SMS messages and warnings on her Facebook account.
Out of fear, she quit her job as a sales assistant and lodged a police report.
Chow claimed that she was suffering from depression at that time as her parents had divorced.
“Please give my daughter a second chance,” pleaded her mother Cheong Poh Ling, who accompanied her to the press conference at Seri Kembangan assemblyman Ean Yong Hian Wah’s office.
Cheong said she had taken her daughter to a psychologist after hearing about the video, though she had not watched the video herself.
“I had to close my stall at the market because reporters kept coming around,” she said.
A group of animal lovers, including members of Petpositive and Malaysian Dogs Deserve Better (MDDB) gathered outside Ean Yong’s office, demanding to meet Chow.
A few representatives from animal welfare groups were later allowed to meet Chow – with Ean Yong present.
MDDB is planning to file charges against Chow for animal cruelty, under Section 44 of the Animals Act 1953.
If found guilty of abusing the kittens, Chow faces either a fine of RM200, six months in prison or both.

Friday, March 4, 2011

TIME IS RUNNING OUT!!!


Our time is running out
Our time is running out
You can't push it underground
You can't stop it screaming out
How did it come to this?

Wednesday, March 2, 2011

KISAH HACHIKO...

Mesti you all terkejut bila tengok tajuk post saya kali ni...yelah kata blog Dunia Kucing, tapi nak story plak pasal anjing...huhuhu. Untuk post kali ni, saya nak bawa kelainan sedikit. Saya nak share dengan you all semua tentang satu filem yang saya tonton yang membawa banyak pengajaran buat kita semua. Selalunya, orang akan review filem-filem yang latest, tapi saya plak nak review filem yang dah lama keluar di pawagam. For those yang masih belum tengok movie ni, saya suggest kan kepada you all untuk menonton filem ni. Cubalah cari DVD tau download di internet. It’s very nice and interesting story. Saya menontonnya bersama keluarga pun sampai mengalir air mataku ni.
Filem ni merupakan kisah benar yang diadaptasi dari Negara Jepun. Ianya mengisahkan seekor anjing bernama Hachiko yang terlalu taat dan setia kepada tuannya. Setiap hari, pasti Hachiko akan menghantar dan menunggu tuannya pulang dari kerja. Beberapa tahun kemudian, tuannya telah meninggal dunia. Tetapi Hachiko masih setia menunggu kepulangan tuannya pulang dari kerja. Untuk mengetahui apa terjadi kepada Hachiko selepas kematian tuannya, you all boleh menontonnya sendiri tau. Nak story panjang-panjang pun tak bestkan, baik you all tonton sendiri ...Pasti filem ni akan memberi makna dan kesedaran buat kita semua....


 
Header image by sabrinaeras @ Flickr