Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan pergi kepada majikannya. Sebgai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut badan kucing itu. Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu mengendong Mueeza dan di taruhnya dipahanya. Salah satu sifat Muezza yang nabi suka ialah, ia selalu mengiau ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya tedengar seperti mengikuti lantunan suara azan. Bahkan kepada para sahabatnya, nabi berpesan untuk menyanyangi kucing peliharaan layaknya menyanyagi keluarga sendiri. Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan comel ini sangatlah serius, dalam sebuah hadis Shahih Al-Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kepada kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makanan sendiri, Nabi Muhammad SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka. Beberapa diantara orang terdekat nabi juga memelihara kucing. Aisyah binti Abu Bakar Shiddiq, isteri nabi amat menyayangi kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Abdurrahman bin Sakhr Al-Azdi, diberi julukan Abu Huruyrah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memlihara berbagai kucing jantan dirumahnya...
Hello 2018!
6 years ago
No comments:
Post a Comment