Salam buat semua...untuk post kali ni, saya nak share dengan semua mengenai satu artikel yang saya perolehi mengenai kisah seorang wanita yang dimasukkan ke neraka kerana menyeksa seekor kucing peliharaanya. Hati yang keras dan tabiat yang buruk boleh menjerumuskan pemiliknya ke dalam Neraka. Dengan itu, mereka mencelakakan diri mereka disebabkan oleh apa yang mereka lakukan kepada orang lain. Di antara mereka ada seorang wanita yang diceritakan oleh Rasulullah S.a.w. Dia mengurung seekor kucing sampai ia mati kelaparan dan kehausan. Kerana perbuatan itu dia pun masuk Neraka.
Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar dari Nabi S.a.w bersabda, yang ertinya: “Seorang wanita masuk Neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.”Dalam riwayat Bukhari, “Seorang wanita disiksa kerana seekor kucing yang dia kurung sampai mati. Dia masuk Neraka kerananya. Dia tidak memberinya makan dan minum sewaktu mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya dia makan serangga bumi.”
Rasulullah S.a.w telah melihat wanita yang mengikat kucing ini berada di Neraka manakala beliau melihat Syurga dan Neraka pada solat gerhana. Dalam Sahih Bukhari dari Asma binti Abu Bakar bahwa Rasulullah S.a.w bersabda, yang ertinya: “Lalu Neraka mendekat kepadaku sehingga aku berkata, ‘Ya Rabbi, aku bersama mereka?’ Aku melihat seorang wanita. Aku menyangka wanita itu diserang oleh seekor kucing. Aku bertanya, ‘Bagaimana ceritanya?’ Mereka berkata, ‘Dia menahannya sampai mati kelaparan. Dia tidak memberinya makan dan tidak pula membiarkannya mencari makan.” Nafi’ berkata, “Menurutku dia berkata, ‘Mencari makan dari serangga bumi.”
Muslim meriwayatkan dari Jabir hadis Rasulullah S.a.w yang melihat seorang wanita yang mengikat kucing berada di Neraka. Di dalamnya terdapat keterangan bahwa wanita itu berasal dari Bani Israil. Dalam riwayat lain disebutkan bahwa wanita itu berasal dari Himyar.
Hello 2018!
6 years ago
No comments:
Post a Comment