Wednesday, March 16, 2011

KUCING & KEHARMONIAN KELUARGA...

Untuk post kali ni, saya nak share dengan you all semua beberapa info yang saya perolehi hasil pembacaan saya mengenai kucing. Macam nak buat research plak kan.
Sepanjang saya memiliki kucing, ianya merupakan suatu pengalaman yang amat indah buat saya dan keluarga. Memiliki kucing banyak mengajar saya erti sebenar kasih sayang dan menjadikan saya seorang manusia yang lebih bertanggungjawab. Benarlah kata orang, kalau kita memiliki atau memegang kucing di saat diri dilanda masalah, ianya dapat mengurangkan lagi stress. Kalau saya ada problem, saya suka bercakap dengan kucing.hehehe...walaupun dieorang tak paham, tapi saya akan rasa lega. Dalam Islam pun ada berkata, kalau kita berbuat baik dengan haiwan peliharaan kita, insyallah, haiwan-haiwan tersebut akan mendoakan kebahagiaan tuan mereka. Hasil pembacaan saya selama ni, saya dapati bahawa:-
  • Kajian menunjukkan bahawa keluarga yang ada membela dan menyayangi kucing akan lebih rapat dan harmoni.
  • Bagi yang berumur pula, memiliki kucing mampu mengurangkan tekanan dan menambahkan kesihatan diri.
  • Manakala, bagi pemilik kucing sendiri, mereka akan berisiko rendah untuk menghidapi penyakit kardiovaskular.
  • Anak-anak kecil pula, akan dapat belajar berinteraksi dan memikul tanggungjawab menjaga kesihatan kucing.
Diharap info-info yang saya perolehi ini dapat menjadikan semua pemilik kucing lebih bertanggungjawab serta lebih kasih dan sayang pada kucing. Saya pun memahami, kerana saya juga adalah pencinta kucing!!!

                                     Tomtom & Manis

No comments:

Post a Comment

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr