Mesti you all terkejut bila tengok tajuk post saya kali ni...yelah kata blog Dunia Kucing, tapi nak story plak pasal anjing...huhuhu. Untuk post kali ni, saya nak bawa kelainan sedikit. Saya nak share dengan you all semua tentang satu filem yang saya tonton yang membawa banyak pengajaran buat kita semua. Selalunya, orang akan review filem-filem yang latest, tapi saya plak nak review filem yang dah lama keluar di pawagam. For those yang masih belum tengok movie ni, saya suggest kan kepada you all untuk menonton filem ni. Cubalah cari DVD tau download di internet. It’s very nice and interesting story. Saya menontonnya bersama keluarga pun sampai mengalir air mataku ni.
Filem ni merupakan kisah benar yang diadaptasi dari Negara Jepun. Ianya mengisahkan seekor anjing bernama Hachiko yang terlalu taat dan setia kepada tuannya. Setiap hari, pasti Hachiko akan menghantar dan menunggu tuannya pulang dari kerja. Beberapa tahun kemudian, tuannya telah meninggal dunia. Tetapi Hachiko masih setia menunggu kepulangan tuannya pulang dari kerja. Untuk mengetahui apa terjadi kepada Hachiko selepas kematian tuannya, you all boleh menontonnya sendiri tau. Nak story panjang-panjang pun tak bestkan, baik you all tonton sendiri ...Pasti filem ni akan memberi makna dan kesedaran buat kita semua....
No comments:
Post a Comment